Semangat Kemerdekaan Diterap Sejak Kecil
Monday, 17 September 2007 00:00
KUANTAN : DYMM Sultan Pahang bertitah semangat menghargai kemerdekaan perlu diterapkan dalam jiwa kanak-kanak melalui aktiviti kemerdekaan seperti mengibarkan jalur gemilang serta menyanyikan lagu patriotisme yang mampu menimbulkan semangat cintakan negara.
DYMM Sultan Pahang Sultan Hj. Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar bertitah di Majlis Perasmian Penutup Hari Potensi TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan dan Perhimpunan Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-50 Tahun 2007 di Stadium Tertutup SUKPA Indera Mahkota dekat sini.
Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata Hari potensi ini menjadi pemangkin ke arah usaha negara membangunkan modal insan berkualiti terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Tambah beliau, kita bukan sahaja dapat melihat aksi si cilik bertanding tetapi juga memberi peluang dan pengalaman kepada mereka untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran diri. Secara tidak langsung ia juga dapat merangsang sikap berdikari, berdaya saing dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
”usaha melibatkan kanak-kanak dalam sambutan hari kemerdekaan ke-50 merupakan langkah awal untuk membentuk jati diri yang kental dan semangat cintakan negara dalam diri mereka dan melalui pengalaman ini akan mengukir sejarah tersendiri dalam diri kanak-kanak demi kelangsungan evolui kehidupan mereka di masa datang,” katanya dalam sekapur sireh buku pogram majlis perasmian penutup.
Hari Potensi Tabika KEMAS 07 berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 20 hingga 23 ogos 2007 ia melibatkan penyertaan seramai 960 orang kanak-kanak, 231 orang guru / pemaju masyarakat dan 200 ahli-ahli jawatankuasa tabika dan taska serta pegawai dan kakitangan kemas dari seluruh malaysia.
Pada tahun ini, hari potensi hanya melibatkan acara sukan sahaja. Antara acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring, galah panjang, silat, gerakrama dan rounders, semua acara tersebut telah diadakan di Kolej Matrikulasi Pahang. Turut hadir sama DYTM Tengku Mahkota Pahang, Menteri Besar Pahang, Ketua Setiausaha Kementerian serta Pemimpin Kerajaan Negeri Pahang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar